Monday, September 20, 2010






pandanganlah dunia dengan kecintaan,
cinta yang tiada buta akan kasihNya.
rindui akhirat dengan keyakinan,
rinduilah dalam tidur mahupun jaga.











usalah lena di alam fana,

bangun dan bangkitlah bersegera.

buktikan kecintaan juga kerinduaan,

laksanakan perintah, jauhi larangan.








biar lebur dimamah api kecintaan,

biar hancur dihempas ombak kerinduan,

namun tiada henti merindu jua menyinta,

kepada Engkau yang maha Kuasa

Tuesday, August 31, 2010

dewasa kini

Sajakah kabus menyelimuti penglihatan?
Mengaburi seluruh pemandangan.
Dingin pergi meninggalkan kepanasan.
Apakah ini satu penyiksaan?

Diri kaku dan termangu.
Mencari akan satu jawaban.
Kebingungan membelengu.
Membuat si hati kerisauan.

Telah jauh diri berjalan,
Ingin kembali kepangkuan.
Dosa dan nista takan diulang.
Quran dan Hadis menjadi pegangan.

Duniaku berkata

Dikeheningan pagi ungas berkicauan,
Berirama suara alam.
Sawah luas terbentang kehijauan,
Mentari menyinari alam.

Hati berdegup semakin kencang, jiwa kegelisahan.
Mendengar suara alam yang sayup kedengaran.
Wahai dunia, apakah yang hendak diperkatakan?
Dunia seakan menyuarakan kesedihan.

Khalifah?! Jerit sang dunia.
Sedihnya tiada terkira.
Berabad dan berjuta tahun lamanya.
Menjadi saksi akan perbuatan durjana.

Anak Adam dan Hawa.
Sombongmu tidak terhingga.
Kalam dan sunahNya tidak engkau terima.
Hidup bergelumang noda dan nista.


Bermaharajalela sifat kebinatangan.
Dijiwai oleh si anak Adam.
Pembunuhan dan juga penindasan, engkau lakukan.
Perlaku sesama seperti haiwan.
Dimanakah belas kasihan?!

Monday, August 30, 2010

777*

Dunia semakin gelap,
Warna-warni yang menghiasi dunia kian pudar,
Irama suara merdu kini menjadi tempiakan suara nyaring,
Yang memecah gegendang pendengaran hati.

Ilmu kian hilang dikaburi oleh nafsu dan syaitan,
Akal tidak sudah mampu menafsirkan yang haq,
Maka tetawanlah sebuah daerah,
Tiada kata mampu terucap hanya mengikut telunjuk penjajah.


Diri kian lemah, lesu dan hanya membisu,
Tersungkur dan tersembam kemuka bumi,
Mengenang penyesalan yang tiada erti lagi
Begitu hinanya diri.

7777

Terjaga disepertiga malam,
cahaya pada lampu pelita sedikit suram,
Kelihatan bayangan pena dan juga kertas putih berada di atas meja ,
Pandangan masih kabur, tiada mampu memfocus.


Berat yang amat sangat dirasakan akan kepala dan badan,
Namun satu daya menolak dan mengerakan akan diri untuk bangun dari tidur,
meninggalkan empuknya katil,
Menuju ke kamar mandi
membasuh muka dan membersihkan diri,
mengerjakan empat solatnya sunat,

Diri bangun dari tersimpu,
menuju ke meja tulis,
mengapai pena dan kertas,
menulis akan kata-katanya hati,
walau tiada kemahiran dan kepandaian diri,

kerisauan akan akhirnya kehidupan,
ingat akan dosa dan noda serata
ingin meninggalkan satu kisah dan tauladan,
bagi umatnya Muhammad S.A.W,

tafakur

Ya Allah disini hambamu bersujud kepadaMu kembali pada Mu setelah bertahun-tahun melupakan Engkau ya Rabb.

Hamba Mu sedari segala apa yang ku miliki selama ini hanyalah milik Mu. Apa yang ada pada ku ialah sekejur tubuh yang busuk lagi hina ini itu pun adalah milik mu ya Allah. Ya Rabb apa bila Engkau berkehendak pasti akan berlaku. Sekiranya Engkau ingin menarik balik segala nikmat dari pada ku pasti akan berlaku sekelip mata tanpa halangan dan kekangan. Sungguh besar kekuasaan Engkau ya Allah ya tuhanku.

Wednesday, August 18, 2010

diambang sore.

Berjalan di dunia yang nyata,
Tidak serupa yang dijanjikan dahulu,
Dahulu Madah cinta segala pada-Nya,
Yang kini hanya pada nafsu dan syaitan,

Malam, dan siang berlalu,
Hanya nafsu melulu,
Masa dan detik berputar,
Meninggalkan usianya hamba,
Dalam kekalutan dan juga kegelisahan,
Masih lagi terpinga-pinga.

Anak Adam dengan gahnya berjalan ,
Menyusuri danau maksiat,
Merentasi lautan kemurkaan,
Mengikuti zaman jahiliah,

Mengapakah berpaling dari Cinta Ilahi?!
Cinta yang Agung,
Cinta yang kekal,
Cinta yang sebenar-benarnya cinta
Sampai bilakah?!!!!

Hari menjeleng senja,
Badan mulai lemah tidak bermaya,
Nafas tersekat-sekat,
Pening yang ter amat sangat,
hanya suara hingar-bingar didengari,
kesakit yang amat dahsyat mendatangi,

Dunia semakin kecil dirasai,
Yang disayang kian menjauh,
Hilanglah daya upaya mereka,
Pada siapa tempat bergantung?
Jiwa dibelengu,
Apakah ini adalah hari itu?
Maka terpisahlah antara jasad dan roh.

Sekejur tubuh yang kaku, diselimuti kain putih.
Sekarang ia telah kembali ke tempat asalnya,
Kemanakah lagi hendaknya berpaling?!
Lihatlah betapa hinanya?!

Dimanakah harta yang telah kumpul Selama ini?!
Dimanakah anak-anak dan isteri, serta saudara juga sahabat handai?!
Jika mereka masih dalam kejahilan maka jahanam la akan ia.

Ulat dan cacaing dikerah oleh-Nya,
tubuh yang dahulunya tidak pernah berpuasa,
Diisi dengan makanan dan minuman yang haram,
Menjadi habuanya cacing dan ulat,
Segala apa yang ada pada tubuh menjadi hancur dan musnah,
Hanya bau busuk dikeluarkan.
Dimanakah kecantikan dan kegagahan?
Kini menjadi kehinaan.....

Nauzubillah.....

By al fakir MN.