Alhamdulillah syukur kepada Allah, kerana hari ini masih lagi diberikan kehidupan walaupun masih dibelengu oleh kekalutan dan kepayahan. Namun menurut kata hati ianya adalah satu nikmat dalam kehidupan yang akan mendidik dan membimbing hambanya ke jalan redho Illahi.
Hari ini adalah hari jumaat, moga dikuatkan hati-hati kita untuk ke masjid bagi mengerjakan perintah dan suruhan-Nya yakni solat jumaat berjamaah insyaAllah. Saudara saudari yang dikasihi, "dunia tanpa cahaya" bagaimanakah? apakah maksud? dimanakah? bilakah? dan kenapakah? dikatakan akan ia.
Dunia tanpa cahaya, ingin diceritakan kisah seorang budak kecil yang berasal dari keluarga yang meskin. suatu ketika dahulu dizaman kanak-kanaknya, ibu dan ayahnya kehabisan wang untuk membeli minyak tanah. Wang yang ada sebelumnya telahpun digunakan untuk membeli susu si adik. pada masa itu minyak tanah digunakan sebagi bahan bakar untuk memasak dan juga sebagai bahan bakar pelita. berbalik kepada cerita itu tadi, si ayah dan ibu menjadi buntu bagaimana hendak memasak dan juga melihat pada waktu malam sehinggakan masalah tersebut menjadi pertengkaran antara mereka. Pada petang itu si ayah mengambil keputusan untuk mencari kayu api untuk memasak manakala si ibu menyediakan hidangan makan malam dengan lebih awal. (bersambung)
No comments:
Post a Comment